Friday 13 April 2012

Netball Moment

Assalamualaikum. Okay here it go, aku dah lama sebenarnya tak update blog. Aku cuma update benda yang aku rasa perlu. Hari Isnin haritu, 9/4/2012 aku dengan member yang lain wakil sekolah untuk netball. Meh, aku cerita sikit pengalaman aku. Pepagi buta pukul 5 lebih dah kena ada dekat sekolah. Yes, pagi buta bawak motor. Mana ngantuk pun..... Pastu get ready naik bus. Dalam bus semua senyap. Nervous kot. Eh. Game kitaorang dekat Universiti Malaya. Sekolah kami bertemu dengan Sains Selangor and Sri Garden. Mana kuat pun. Lol kami tak target Sains, kami target Sri garden. Alhamdulilah kami layak masuk suku akhir tapi kami kalah dengan Btr. Yeah, congrats to btr. Korang memang terer :) haritu under 18 yang lawan. But under 15 ikut juga, bagi support. Thanks korang. Oh ya, aku tak main for this year. Sebab? Injured lah deyy, apa lagi. Fuh terkilan jangan cakap. Aku memang nak sangat main, buat something untuk sekolah tapi keadaan lutut tak mengizinkan. Kalau aku main, memang injured forever. Siapa je nak? Taknakkk aku woi. Takpela, rezeki aku nak main untuk tahun ni tak ada. Aku pasrah. K tutup buku pasal ni. Oh Nik injured teruk haritu. Aku yang tengok pun rasa nak nangis, apatah lagi dia yang rasa. Hopefully you get better soon. We had try our best. I'm proud of them.

Hari yang kedua 10/4/2012

Harini under 15 yang lawan. Aku, Qis, Pka, Fikka yang pergi for support them. Most important, kami pakai jersey baru. Muehehe diorang lawan CPR and Yaacob Latiff. Again, masuk suku akhir. Ternanti nanti siapa lawan. At last, dapat SBS. Me like sbs? Oh okay -.- kalau sbu aku okay lagi. Masa ni kami kalah juga, main player injured. See, apahal main player yang kuat semua injured?! Must be something wrong here. It's okay. At least we try our best. I'm proud of them too. For sure, after this aku akan rindu semua memory dengan netball. And aku dah pun rindu UM. Lolol, selalunya akan stay after school but no more stay! Awkward doh asyik balik awal je. Sumpah aku akan simpan kenangan aku dengan korang. Kalau aku nak listkan nama semua nanti takut ada yang tertinggal. So, aku just cakap yang akan akan rindu korang. Next year aku dah tak ada. Aku tahu takde orang yang rindu aku. Haha k. Serious doh, korang terbaik. And sorry for everythings, kalau kami senior ada buat salah dengan korang. Kita sama sama manusia, kita sama sama buat silap. Kita belajar dari kesilapan kan? Janji jangan korang lupa kitaorang sudah. Hahaha k ni ada gambar kita haritu, aku malas cakap panjang nanti nangis woi! Hahaha







K done for today. Gambar banyak sangat doh. Bye, Assalamualaikum :)

Tuesday 6 March 2012

Menangis mungkin satu kepuasan

Assalamualaikum semua. Dah masuk tiga bulan lebih aku tak jenguk blog aku. Entah apa yang jadi pun aku tak tahu, maaf. Aku bukannya kaki blog. Aku bukannya mereka yang kreatif yang tahu edit blog semua. Aku simple, janji aku dapat luahkan apa yang aku ingin cakap. Harini 6/3/2012 aku kembali untuk cerita. Harini hari bersejarah di mana ibu aku pergi untuk menunaikan umrah. Kali pertama seumur hidupnya pergi ke sana. Ibu pergi bersama empat beradiknya yang lain. Pagi tadi dalam pukul 11 lebih kami sampai di KLIA. Aku hanya melihat suasana riang dimana semua sanak saudara berkumpul untuk menghantar keluarga masing masing ke tanah yang suci. Ibuku sangat gembira, dia dapat untuk berjumpa semua adik beradiknya, tidak semua sebenarnya tapi terpancar kegembiraan dimukanya. Aku tahu inilah peluang yang sangat dinantikan oleh ibu untuk pergi ke sana. Alhamdulilah, sampai jua rezekinya. Syukur. Aku di sini turut merasai kegembiraan itu. Cuma sebagai anak aku turut merasai kesedihan perpisahan sementara. Dua minggu tanpa ibu. Yaa, sebelum ni pun aku sudah terbiasa tapi kali ni lain rasanya. Semasa ibu dah masuk ke perlepasan kami semua mengejar sampai sudah tidak nampak bayangnya. Aku tak puas nak tatap muka ibu. Mahu dan mahu lagi. Dalam masa yang sama aku turut tergelak kerana tengok ibu yang sungguh excited. Hehe untukmu ibu apa jua pun boleh. Sebelum ibu masuk ke perlepasan aku cium, peluk ibu. Aku takmahu menangis depannya. Sedaya upaya aku mengawal. Aku mengharapkan agar ibu mendapat ketenangan hati di rumah ALLAH. InsyaAllah. Kemudian kami pulang, rutin berjalan seperti biasa. Dan begitulah seterusnya sampai 19 mac nanti. Aku berdoa agar ALLAH selamatkan perjalanan pergi dan balik kepada semua jemaah. Amin.

Aku turut ingin pergi ke sana suatu hari nanti dengan izinNYA. Amin. Oh ya, sebelum aku terlupa harini birthday kawan aku. Nurul Afiqah Shuhaimi. Happy Birthday! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Do your best in SPM. You can do it baby! Itu sajaaa. Hehe.Mungkin apa yang aku update kali ni agak lain tapi itulah apa yang aku rasa.

Oh ya satu lagi. so far study aku okay lagi cuma nak kena cover form 4 balik memang payah. Nak nak lagi nak kena challenge budak pandai class aku. Sangat susah, tapi aku usaha pasti dapat. Okay, setakat ni saja. Bye :)

Monday 19 December 2011

Oh hai semua! tanpa kita semua sedar tinggal dua minggu saja lagi sebelum sekolah start. Kenapa cepat sangat? WHYYYY? Masa sangat mencemburui kita, cuba kalau aku duduk sekolah amboi nak tunggu 1350 punyalah lama. Macam tunggu orang dtg minang. Tadi pergi wedding akak Muiz. Aku mampu tumpang Fikka je pun. lol kereta dia wangi, haha. Nampa fikka tersenyum aku. Awwww i miss her much more ok! Dia lawa sangat tadi, unfortunately we did not have time pictures. Aku sampai je dewan tu aku nampak Bruno Mars. Haaa asal? Tak percaya? Serious ah aku nampak bruno, aku panggil ah dia. Sempat lagi dia buat 'kerja' dia kan. Haha okay aku tipu je aku nampak haikal. lol aku suruh dia teman kitaorang masuk dalam yelaaa dahlah batang hidung Muiz tak nampak langsung. Time dah masuk baru muiz datang, haih aku heran tengok Muiz asal dia tinggi sangat ni? Selalunya dia tinggi dari aku tapi SIKIT je pun then tadi macam tinggi sangat. Hooo aku tak tengok kasut dia pulak kan memang lah tinggi.

Aku dengan fikka terus serbu makanan. Lapaq wehh! Dahlah tak breakfast. Makan free pulak tu i will not miss the golden opportunity. Makan sampai lebamm. Nampak jugak yang lain ada ucop, zul, amzar, ikmal , imran ramai lah lagi. Tak ramai sangat pun member kitaorang aku tipu malas nak mention haha.Imran paling handsome kot. Gigi diaaaaaaaaaaaa awww HAHA. Sorry imran, aku teringin nak bahan kau. Then balik ah apa lagi semua dah belahhh. Hmm muiz busy bebenor, haaa sokay kami faham kan. Aku tengok pelamin aku rasa nak kahwin. tapi dengan siapa? *teringat video Ariff dengan Dienah sweet macam asdfghjkl aku dengan fikka sempat berangan lagi nak pilih tema apa nanti.Tak salah merancang awal kan? Hahaha okbai we ridiculous. Haaa sampai disini saja. Kita jumpa di lain hari. Assalamualaikum :)