Tuesday 6 March 2012

Menangis mungkin satu kepuasan

Assalamualaikum semua. Dah masuk tiga bulan lebih aku tak jenguk blog aku. Entah apa yang jadi pun aku tak tahu, maaf. Aku bukannya kaki blog. Aku bukannya mereka yang kreatif yang tahu edit blog semua. Aku simple, janji aku dapat luahkan apa yang aku ingin cakap. Harini 6/3/2012 aku kembali untuk cerita. Harini hari bersejarah di mana ibu aku pergi untuk menunaikan umrah. Kali pertama seumur hidupnya pergi ke sana. Ibu pergi bersama empat beradiknya yang lain. Pagi tadi dalam pukul 11 lebih kami sampai di KLIA. Aku hanya melihat suasana riang dimana semua sanak saudara berkumpul untuk menghantar keluarga masing masing ke tanah yang suci. Ibuku sangat gembira, dia dapat untuk berjumpa semua adik beradiknya, tidak semua sebenarnya tapi terpancar kegembiraan dimukanya. Aku tahu inilah peluang yang sangat dinantikan oleh ibu untuk pergi ke sana. Alhamdulilah, sampai jua rezekinya. Syukur. Aku di sini turut merasai kegembiraan itu. Cuma sebagai anak aku turut merasai kesedihan perpisahan sementara. Dua minggu tanpa ibu. Yaa, sebelum ni pun aku sudah terbiasa tapi kali ni lain rasanya. Semasa ibu dah masuk ke perlepasan kami semua mengejar sampai sudah tidak nampak bayangnya. Aku tak puas nak tatap muka ibu. Mahu dan mahu lagi. Dalam masa yang sama aku turut tergelak kerana tengok ibu yang sungguh excited. Hehe untukmu ibu apa jua pun boleh. Sebelum ibu masuk ke perlepasan aku cium, peluk ibu. Aku takmahu menangis depannya. Sedaya upaya aku mengawal. Aku mengharapkan agar ibu mendapat ketenangan hati di rumah ALLAH. InsyaAllah. Kemudian kami pulang, rutin berjalan seperti biasa. Dan begitulah seterusnya sampai 19 mac nanti. Aku berdoa agar ALLAH selamatkan perjalanan pergi dan balik kepada semua jemaah. Amin.

Aku turut ingin pergi ke sana suatu hari nanti dengan izinNYA. Amin. Oh ya, sebelum aku terlupa harini birthday kawan aku. Nurul Afiqah Shuhaimi. Happy Birthday! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Do your best in SPM. You can do it baby! Itu sajaaa. Hehe.Mungkin apa yang aku update kali ni agak lain tapi itulah apa yang aku rasa.

Oh ya satu lagi. so far study aku okay lagi cuma nak kena cover form 4 balik memang payah. Nak nak lagi nak kena challenge budak pandai class aku. Sangat susah, tapi aku usaha pasti dapat. Okay, setakat ni saja. Bye :)