Monday 19 December 2011

Oh hai semua! tanpa kita semua sedar tinggal dua minggu saja lagi sebelum sekolah start. Kenapa cepat sangat? WHYYYY? Masa sangat mencemburui kita, cuba kalau aku duduk sekolah amboi nak tunggu 1350 punyalah lama. Macam tunggu orang dtg minang. Tadi pergi wedding akak Muiz. Aku mampu tumpang Fikka je pun. lol kereta dia wangi, haha. Nampa fikka tersenyum aku. Awwww i miss her much more ok! Dia lawa sangat tadi, unfortunately we did not have time pictures. Aku sampai je dewan tu aku nampak Bruno Mars. Haaa asal? Tak percaya? Serious ah aku nampak bruno, aku panggil ah dia. Sempat lagi dia buat 'kerja' dia kan. Haha okay aku tipu je aku nampak haikal. lol aku suruh dia teman kitaorang masuk dalam yelaaa dahlah batang hidung Muiz tak nampak langsung. Time dah masuk baru muiz datang, haih aku heran tengok Muiz asal dia tinggi sangat ni? Selalunya dia tinggi dari aku tapi SIKIT je pun then tadi macam tinggi sangat. Hooo aku tak tengok kasut dia pulak kan memang lah tinggi.

Aku dengan fikka terus serbu makanan. Lapaq wehh! Dahlah tak breakfast. Makan free pulak tu i will not miss the golden opportunity. Makan sampai lebamm. Nampak jugak yang lain ada ucop, zul, amzar, ikmal , imran ramai lah lagi. Tak ramai sangat pun member kitaorang aku tipu malas nak mention haha.Imran paling handsome kot. Gigi diaaaaaaaaaaaa awww HAHA. Sorry imran, aku teringin nak bahan kau. Then balik ah apa lagi semua dah belahhh. Hmm muiz busy bebenor, haaa sokay kami faham kan. Aku tengok pelamin aku rasa nak kahwin. tapi dengan siapa? *teringat video Ariff dengan Dienah sweet macam asdfghjkl aku dengan fikka sempat berangan lagi nak pilih tema apa nanti.Tak salah merancang awal kan? Hahaha okbai we ridiculous. Haaa sampai disini saja. Kita jumpa di lain hari. Assalamualaikum :)

Saturday 10 December 2011

Future

Hai semua *waving* saya kembali merogol blog saya. Haha kdiamm. i punya blog suka hati leww. Minggu ni dah masuk hari keberapa holiday. Actually, aku taknak pergi school. Taknak weh, sebab apa? Sebab kena BELAJAR .Sumpah aku tak ready langsung kot. Kalau nak jumpa member tu aku paling suka *lompat bintang*  dah tu SPM pulak tuu. Penentu masa depan saya. Mak aihhh yang ni kalau aku tak dapat kesedaran juga tak tahu lah nak cakap macam mana *ikut ayat kakak aku hmm hari hari aku doa supaya aku ni jadi lebih rajin. Buang sikap malas. Sikap ni hanya akan mendatangkan keburukan dekat aku.Aku tak nampak kebaikan pun. Family aku sendiri dah nasihat aku, beljar dari kesilapan. Pmr aku tak begitu cemerlang, it okay spm ada. Tapi kalau Spm aku hancur? Aku nak jadi apa kan? Penggangur? Woo, tu yang aku taknak. Dahlah sekarang nak dapat kerja susah. Masuk U pun semua budak pandai, aku?Tu pasal aku kena buang rasa malas ni. Aku cuba weh bukannya aku watlek watcool. 

Weh kejap....kenapa aku emo ni? lol im not supposed to be. Aku cuma luahkan isi hati aku. Tu je, at least takdelah aku terus terusan simpan. Aku bukannya orang yang kuat nak simpan semua benda ni. Eh yeke? K apa apa jelah. Opie, cuba berubah demi kebaikan. Setahun je lagi kau dekat sekolah lepastu no more school. Setahun je lagi kau nak belajar. Setahun je lagi kau nak buktikan dekat semua yang kau boleh buat.Takkan nak ada result yang fail? Ambil iktibar dari orang sekeliling kau yang kurang berjaya. Even sometimes aku fikir tapi aku tetap tak boleh. Aku cuba serapkan kata kata akak aku ni dalam kepala otak tapi bila aku fikir je twitter panggil aku suruh online, suruh aku tahu apa yang jadi dekat dunia twitterland. So aku rasa aku nak deactive kan twitter aku next year. I mean masa exam lah. Tah betul tah tidak aku ni. Kang cakap je lebih, buatnya tak pun. Biasalah aku pun manusia kan.Aku harap aku boleh cuba bukan sahaja dengan kata kata tapi dengan perbuatan. Guys, usaha ni datang dari kita kalau kita tak buat siapa lagi nak tolong usahakan? Anda mampu mengubahnya. Cehwahhh okay aku dah letih nak kasi ceramah ni. Tak bergaji pulak tu. Haha. Bye enjoy your holiday! 

Thursday 1 December 2011

Awesome Day!

Fuihhhh semak blog aku sebulan lebih tak bukak. Nak buat macam mana aku ni dah malaihh gila nak bukak. Takde idea sangat. Okay janji harini aku update kan.Kay harini 1.12.2011 kan? Ombak Rindu keluar wayang weh! Aku dengan tak sabar ajak semua orang pergi tengok tapi semua tak boleh.Aku pulak kena ikut mak aku ukur baju bagai. Lagilah sadis. Kena tunggu sabtu pulak nak tengok. Then tetiba syaf ajak pergi ....aku pun dah guling guling atas lantai. Ok tu tipu. Aku siap then pergi times square dengan Nurul Syafiqah. Kami date dua jewww. Hihihi dah sampai tu kemainn guy dekat counter tu COMEL NAK MAMM. Aku tunggu nak melting kat situ. Kawal opie kawal. Haha aku fikir dah tak dapat ticket at last dapat juga. Seat DEPAN. Mata juling seketika. Okay takpe, sementara tunggu wayang tu lepak Mcd dulu. Masa tengah menikmati makanan tu aku tengok dekat tepi macam ada orang jalan  aku pandang then i was like WOWWWW! biar betul KHAIRUL FAHMI CHE MAT tepi aku? Aku ingat salah pandang tapi dia pakai baju Malaysia ada nama dia belakang tu. Steady gila badan dia. Jelly tak? JELLY? HAHA .Haaa i think he's alone. Malangnya dia dengan perempuan. I don't think that was her girlfriend. Awkward okay.

Then masuk wayang layan Ombak Rindu. Wow, feeling habis lah kan. Orang sebelah pyka yang feeling orang sebelah aku pulak gelak sorang sorang. Whatever it is touch movie okay.Aku control nak nangis je tadi Haha dah habis tu balik naik bus dapat seat sama dengan orang yg fanatik Aaron Aziz. Ada album Aaron Aziz dalam phone dia, aku macam asdfghjkl. minat gila habis doh? Gambar family aaron pun dia ada. Terbaik nyahhhhh! Aku minat artis pun takda sampai macam tu. Haha that's okay your style maybe?Apa apa pun today was an awesome day with my friend, pyka :) sayang kau lah gila. Hihihi kawan lain next time kita keluar lagi k? Haha *sakit tengkuk tak elok lagi sebab seat depan*. Kbai love you :-*